PENGANGKUTAN DARAT

-     terbahagi kepada dua iaitu;

  • Jalan raya
  • rel

Pengangkutan Jalanraya

-    terdiri daripada pengangkutan;

  •  haiwan         –   lembu, kuda
  • kenderaan     –   lori, van

Kelebihan

  • Boleh serah barang dari pintu ke pintu
  • jimatkan masa
  • Kerja pemunggahan kurang
  • risiko barang rosak sedikit
  • Murah dan cepat  untuk jarak dekat
  • sesuai bawa barang diperlukan segera
  • Tiada jadual perjalanan
  • Kemudahan kenderaan mudah didapati dan banyak
  • Mudah hubungi kawasan pendalaman

Kekurangan

  • Mahal dan lambat bagi jarak jauh sebab kesesakan lalu lintas /   kemalangan / kenderaan rosak
  • Ruang muatan terhad
  • Tidak sesuai mengangkut barang mudah pecah (contoh: kaca, seramik)
  • Kos penyelenggaraan tinggi
  • Pembaziran tenaga buruh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  

-     Bidang tugasnya:

  • Daftar  kenderaan bermotor
  • Keluarkan lesen kenderaan dan cukai jalan
  • Uji dan keluarkan lesen memandu
  • Keluarkan permit sekolah memandu
  • Kawal dan tetapkan tambang kenderaan awam
  • Kuatkuasakan undang-undang jalan raya
  • Uji dan memberi lesen kepada konduktor bas
  • Kerjasama dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan dalam urusan perlesenan kenderaan komersil

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan  (LPKP)

-     Bidang tugasnya:

  • Kawal kegunaan  pengangkutan kenderaan awam seperti teksi dan bas demi  menjaga kepentingan orang awam
  • Keluarkan lesen kenderaan perkhidmatan awam dan lesen kenderaan perdagangan  iaitu;

Ø  Lesen Pembawa A

-          benarkan kenderaan bawa barang orang lain / untuk disewa

Ø  Lesen Pembawa C

-          hanya benarkan kenderaan bawa barang sendiri

-          kenderaan tidak boleh disewa

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)

-    Bidang tugasnya:

  • Periksa dan uji kenderaan komersil dan pastikan selamat digunakan

Pengangkutan Rel

-     contoh seperti relbas, kereta api, komuter, LRT

Kelebihan

  • Murah dan cepat bagi jarak jauh
  • Ruang muatan lebih luas
  • Sesuai untuk bawa barang pukal / berat / kuatiti banyak / bernilai  rendah seperti             kayu balak , simen, pasir
  • Lebih selamat / kurang kemalangan dan selesa
  • Masa bertolak dan tiba diketahui
  • mudahkan peniaga hantar / tunggu barang
  • Ada gerabak khas untuk bawa barang
  • Contoh:   gerabak bertangki – petrolium , simen, susu getah gerabak panjang / terbuka – kayu balak, kontena
  • ada kemudahan kontenarisasi

Kekurangan

  • Mahal dan lambat bagi jarak dekat
  • Tiada perkhidmatan pintu ke pintu
  • Banyak kerja pemunggahan
  • risiko barang rosak / hilang tinggi
  • Tidak fleksibel kerana arah dan masa perjalanan ditetapkan
  • Kos penyelenggaraan tinggi
  • Rangkaian perkhidmatan keretapi terhad – tidak semua bandar dihubungkan    dengan perkhidmatan kereta api

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 

Bidang tugasnya meliputi:

  • Sediakan landasan, stesen, menetapkan jadual perjalanan dan tambang
  • Sediakan dua perkhidmatan utama iaitu:

+  keretapi penumpang  – contoh: keretapi mel, ekspres, komuter

+  keretapi barang / kargo  –  contoh : gerabak bertangki

DOWNLOAD NOTA INI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s