PENGANGKUTAN  LAUT

–  sangat penting dalam perdagangan antarabangsa

–  terdiri daripada:

  • Perkapalan antarabangsa – belayar merentasi lautan besar. Contoh:  kapal kargo, kapal kerentan, kapal penumpang
  • Perkapalan dalam negeri –  belayar sepanjang pantai. Contoh: feri, kapal pesisir pantai

Jenis-jenis kapal

Kapal kargo

  • kapal  khas bawa kargo dan sedikit penumpang
  • belayar ikut  jalan dan jadual tetap
  • hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
  • tidak dapat dicarter tetapi ruangnya boleh disewa
  • tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan
  • tedapat pelbagai jenis kapal kargo khas iaitu:
  • kapal kontena  adalah  khusus untuk membawa kontena
  • kapal tangki adalah khusus untuk membawa petrolium, bahan kimia, gas asli cecair
  •  kapal penyetoran sejuk  merupakan sebuah kapal yang terdapat   bilik sejuk untuk menyimpan daging, sayur

Kapal kerentan (kapal tramp)

  • kapal  khas bawa kargo pukal sahaja  seperti  kayu balak, bijih timah
  • boleh ditempah / sewa atau dicarter
  • tidak belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
  • belayar ke mana-mana destinasi mengikut arahan pencarter / penyewa
  • kapal boleh dicarter  untuk satu pelayaran (carter perjalanan) atau untuk        satu tempoh (carter masa)
  • boleh dicarter / sewa di Pasaran Baltik
  • tambang boleh ditawar

Kapal penumpang

  •  kapal yang bawa penumpang, mel dan sedikit  kargo
  •  belayar ikut  jalan dan jadual yang tetap
  •  hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
  •  tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan

·         

Kapal pesisir pantai

  • digunakan sepanjang pantai untuk hubungkan bandar tepi pantai dengan pelabuhan
  • tujuannya untuk bawa barang kegunaan dalam negeri dan barang yang dihantar ke pelabuhan utama untuk dieksport
  • contoh: Pelayaran dari pelabuhan Port Dickson ke Pelabuhan Klang

Kelebihan Kapal Kerentan

  • Sesuai bawa barang pukal seperti kayu balak
  • Boleh dicarter seluruh kapal
  • Bebas belayar bila-bila masa
  • sebab tiada jadual khas
  • Boleh disewa untuk satu pelayaran / carter pelayaran
  • Boleh disewa untuk satu jangka masa perjalanan / carter masa
  • Destinasi kapal ditentukan sendiri oleh penyewa
  • Tambang kapal boleh dirunding
  • Biasanya lebih murah berbanding tambang kapal kargo.

Kekurangan Kapal Kargo

  • Tidak sesuai untuk bawa barang pukal
  • Pelayaran gunakan laluan tetap / hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan
  • Tambang kapal ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan dan tidak boleh dirundingkan biasanya lebih mahal berbanding tambang kapal kerentan

Perbezaan Kapal Kargo dengan Kapal Kerentan

KAPAL KARGO

KAPAL KERENTAN

1.  Belayar mengikut  jalan dan jadual yang tetap 1.  Bebas belayar ke mana-mana dan bila-bila masa
2.  Sesuai mengangkut barang tidak pukal seperti  perabot, mesin 2.  Sesuai mengangkut barang pukal seperti kayu balak
3.  Hanya singgah di pelabuhan yang ditetapkan 3.  Singgah di mana-mana pelabuhan mengikut arahan pencarter
4.  Beri tempahan ruang dalam kapal sahaja 4.  Boleh sewa seluruh kapal
5.  Tambang ditetapkan oleh Persidangan Perkapalan 5.  Tambang ditentu di Pasaran Baltik dan boleh tawar menawar
6.  Bil muatan sebagai bukti barang diangkut 6.  Selain bil muatan, janji carter diperlukan

 

Kebaikan Pengangkutan Air

  • Boleh bawa muatan banyak
  • Tambang lebih murah
  • Sesuai untuk bawa barang pukal seperti kayu balak dan bijih timah
  • Lebih selamat sebab kadar kemalangan rendah
  • Tiada kesesakan lalu lintas
  • Kos penyelenggaraan sedikit
  • Banyak pilihan kapal seperti kapal kontena, kapal kargo
  • Ada kemudahan kontenarisasi  –  cepatkan urusan kastam

Kekurangan Pengangkutan Air

  • Tiada serah pintu ke pintu – perlukan pengangkutan lain seperti lori untuk bawa barang dari atau ke pelabuhan
  • Kerja pemunggahan yang banyak meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
  • Perjalanan lambat  sampai
  • Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan pelabuhan / jeti sahaja

 Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC)

Peranannya:

  • Beri kemudahan pengangkutan laut kepada peniaga tempatan untuk   mengurangkan pergantungan kepada kapal asing
  • Adakan perjalanan tempatan dan antarabangsa  bagi menghantar kargo
  • Ambil bahagian dalam kontrak perkapalan secara dua hala dengan negara lain
  • Tingkatkan penyertaan kapal Malaysia dalam perkapalan antarabangsa

Jabatan Laut

Peranannya:

  • Daftar dan lesenkan semua kapal dan bot
  • Keluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia
  • Wujudkan sistem pelayaran yang efisen
  • Selenggarakan pelabuhan
  • Pelihara kawasan perairan supaya bebas dari pencemaran

Lembaga Pelabuhan

Contoh:   Lembaga Pelabuhan Kelang

Lembaga Pelabuhan Kuantan

 Peranannya:

  • kawal lalu lintas di kawasan pelabuhan
  • sediakan kemudahan pergudangan seperti Gudang Berbon
  • sediakan  dermaga dan tongkang
  • sediakan kemudahan pemunggahan seperti kren, forklift
  • sediakan malim untuk memandu kapal berlabuh
  • sediakan bantuan pelayaran seperti rumah api dan boya
  • sediakan kemudahan limbungan untuk membaiki kapal
    • keluarkan lesen perkapalan kepada kapten kapal dan bot  kecil yang belayar di   sekitar pelabuhan

Sebab Tambang Pengangkutan Laut Lebih murah daripada Pengangkutan lain

  • Boleh bawa barang lebih banyak
  • Kurang guna bahan api berbanding kapal terbang
  • Tiada kos penyelenggaraan sebab jalan air tidak perlu diselenggarakan / dibaiki
  • Persaingan hebat antara jenis-jenis kapal mengurangkan kadar tambang
  • Kos overhed seperti gaji pekerja rendah sebab tidak ramai pekerja berbanding      kapal terbang
  • Lambat sampai

 

 

DOWNLOAD NOTA INI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s