PENGANGKUTAN UDARA
– terbahagi kepada dua iaitu;
- kapal terbang
- helikopter
Kekurangan
- Tambang mahal
- Saiz dan berat kargo dihadkan
- Tiada serahan pintu ke pintu
- Perlukan pengangkutan lain Kerja pemunggahan yang banyak
- Meningkatkan risiko kecurian dan kerosakan
- Perkhidmatan terhad di kawasan yang ada kemudahan lapangan terbang sahaja
- Penerbangan mudah tergendala jika cuaca buruk
- Kos penyelenggaraan tinggi
Kebaikan
- Sesuai bawa barang mahal dan ringan kerana kadar tambang tidak dipengaruhi oleh nilai barang contoh: ekspot berlian dan emas
- Sesuai bawa barang yang diperlukan segera yang memerlukan pengangkutan yang cepat / pantas contoh: bekalan perubatan dan alat ganti jentera
- Sesuai bawa barang yang tidak tahan lama untuk menjamin agar barang segar dan baik contoh: bunga dan buah-buahan
- Sesuai hubungi kawasan pendalaman – gunakan helikopter
- Barang lebih selamat sebab kawalan keselamatan ketat risiko kecurian kurang
- Oleh itu kos insurans lebih rendah
- Kos pergudangan rendah sebab barang segera dihantar
- Ada kemudahan kontenarisasi – mencepatkan urusan kastam
Penerbangan Malaysia (MAS)
- Merupakan badan yang ditubuhkan oleh kerajaan yang telah diswastakan
- Menyediakan perkhidmatan penerbangan penumpang dan perkhidmatan kargo dalam dan luar negeri
- Ada penerbangan khas untuk mengangkut jemaah haji
Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
– Peranannya;
- Keluarkan lesen dan permit untuk semua jenis pengangkutan udara di Malaysia
- Sediakan perkhidmatan trafik udara
- Sediakan bantuan penerbangan dan kejuruteraan
- Sediakan khidmat bomba dan keselamatan
- Adakan hak pendaratan dan perjanjian penerbangan dengan negara lain
- Sediakan pembangunan lapangan erbang
- Sediakan khidmat kecemasan
Advertisements